This time i gonna be Ustaz Abe Pang :)
Semoga Kita Dapat Amalkan Bersama Di Samping Sampaikan Kepada Mereka Yang Sedara Dengan Kita
Landasan Emas Ke Syurga
Keluarga Bahgia (google photo) |
Setiap daripada kita lahir dengan seorang ibu
dan seorang bapa. Ia satu nikmat pemberian Allah yang tiada nilainya di dunia
ini. Carilah sampai ke hujung dunia. Kita hanya punya seorang ibu dan seorang
bapa. Itulah landasan emas kita ke syurga yang didambakan setiap insan.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Bersabda
Rasulullah s.a.w.
"Apabila seseorang telah meninggal dunia
putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang
dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya." (Hadis sahih riwayat
Muslim)
Kewajipan mentaati ibu bapa ini sudah
dijelaskan dalam al-Quran. Rasulullah s.a.w juga bersabda yang maksudnya:
"Redha Allah bergantung pada redha dua
ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."
Riwayat al-Hakim menjelaskan tanggungjawab
anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab
semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup
anak-anak wajib berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah
orang yang paling banyak berjasa kepada anak.
Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah
meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan
kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar
mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu
bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji.
Sekiranya mampu, membaca al-Quran dan
melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun
mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu
bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang
derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
Setiap anak yang
derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T. Amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan
mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang
hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu
bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.
Ada sebuah kisah yang menyentuh hati mengenai
anak yang taat kepada kedua orang tuanya. Pada zaman Nabi Musa a.s terdapat
seorang pemuda yang memuliakan ibu bapanya. Lalu Nabi Musa a.s pergi ke rumah
pemuda itu untuk melihat apakah amalan yang dilakukannya itu. Setelah memberi
salam pemuda itu menjemput Nabi Musa a.s masuk ke dalam rumahnya. Baginda
kemudian duduk di ruang tamu rumah pemuda tersebut.
Namun pemuda itu tidak melayan Nabi Musa a.s.
Nabi Musa hairan dengan tingkah laku pemuda itu. Pemuda itu terus masuk ke
dalam bilik. Kemudian beliau keluar dan membawa seekor khinzir betina keluar
dari bilik itu. Dia mendukungnya dengan cermat, kemudian memandikannya. Nabi
Musa sekali lagi kehairanan dan berbisik di dalam hati baginda "apakah
ertinya semua ini?"
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan
baik. Setelah itu khinzir itu dilap hingga kering serta dipeluk dan dicium
kemudian dihantar semula ke dalam bilik tadi. Selepas itu pemuda itu keluar
semula dengan seekor khinzir jantan pula dan lebih besar sedikit daripada yang
tadi. Dia kemudian melakukan hal yang sama seperti khinzir yang sebelumnya
juga.
Selepas semua kerja selesai barulah dia
melayan Nabi Musa a.s. Lalu Nabi Musa a.s bertanya kepada pemuda itu tadi:
"Apakah agama tuan?"
"Islam agamaku," jawab pemuda itu
ringkas.
"Habis kenapa kamu membela
khinzir?" tanya Nabi Musa a.s lagi.
"Wahai tuan hamba kedua-dua khinzir yang
aku dukung, dan aku mandikan itu tadi adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana
mereka banyak melakukan dosa besar, Allah menukarkan rupa mereka kepada rupa
khinzir yang hodoh. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya
sama Allah. Aku sebagai anak tetap melaksanakan tanggungjawabku kepada mereka
berdua. Hari-hari aku berbakti kepada kedua orang tuaku itu sepertimana yang
tuan hamba lihat tadi."
"Setiap hari aku berdoa semoga Allah
berikan rupa ayah dan ibu muka rupa mereka yang asal, tetapi Allah belum lagi
mengkabulkannya," tambahnya lagi.
Maka ketika itu juga Allah berfirman dan
menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s :
"Wahai Musa inilah orang yang akan
berjiran dengan kamu di syurga nanti hasil baktinya yang sangat tinggi
kepada ibu bapanya. Walaupun Ibu bapanya buruk dan hodoh dengan rupa khinzir,
dia tetap juga berbakti. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di
sisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud:
"Oleh kerana dia telah berada di maqam
anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang
Kami sediakan di neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga."
Sayangi dan hargailah ibu bapa kita sementara
kita masih bernyawa. Ibu bapa yang masih punya nafas selayaknya mendapat kasih
sayang kita sepenuhnya walau di mana kita berada. Walau siapa juga kita.
Seandainya ibu bapa kita sudah pergi meninggalkan kita, itu maknanya
tangungjawab kita sebagai anak baru sahaja bermula.
Kata Kata Mutiara V.V |
T_T
ReplyDelete