Monday 2 September 2013

Hoi! Reader's - Minyak Naik LAGI!!!!



Adui dui dui, bising laaaaa.... kecoh jiran-jiran,
"hey timah, kau tahu tak.. kerajaan dah naikkan harga minyak kau!!"
Oh sakit nya hati kata si makcik tu..
aduh, apa boleh buat kan? PRU13 kan RAKYAT yang sayang sangat dekat UMNO dah pun undi mereka..
Apa boleh buat dok? alah... relax la bro.... BR1M kan dapat kan? alah, duit BR1M tu kan boleh tampung harga minyak untuk setahun kan? boleh cover duit barang-barang dapur kan? yelah.. dah minyak naik, sah sah la barang-barang lain naik, charge pengankutan la katakan..

NI SEMUA POYO! 

Cebisan Metro Online.
Putrajaya: Bagi mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas akibat rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan diumumkan dalam ucapan Bajet 2014.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, rasionalisasi berkenaan bukan bertujuan menganiaya rakyat, sebaliknya untuk kepentingan masa depan rakyat.

“Kita sudah membuat keputusan untuk menaikkan kadar BRIM, jumlah baru akan diumumkan dalam ucapan belanjawan nanti, sudah pasti BRIM akan membantu mengurangkan bebanan mereka.

“Selain itu, kita berharap penjual tidak mengambil peluang ini untuk menaikkan harga barangan tanpa mengambil kira kepentingan rakyat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) di sini, semalam. Turut hadir, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Ketua Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. Terdahulu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan beberapa peringkat termasuk menaikkan harga petrol RON95 dan diesel seliter sebanyak 20 sen berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, pengurangan subsidi bahan api itu bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 seliter bagi diesel, berbanding 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel sebelum ini.

Katanya, menerusi dasar rasionalisasi ini, kerajaan menjimatkan RM1.1 bilion tahun ini.
Ditanya sama ada kenaikan ini akan dipolitikkan pihak pembangkang Najib berkata, mereka (pihak pembangkang) pasti akan menjadikannya sebagai isu politik, tetapi tindakan itu dibuat semata-mata demi masa depan ekonomi negara.

“Yalah... apa pun yang kita buat dia (pembangkang) akan cuba mainkan ini sebagai isu politik, tetapi kita mesti faham ini bukan soal politik, ini soal masa depan ekonomi negara kita. Kalau ekonomi kita terjejas, ini akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat.
“Rakyat akan menderita seperti keadaan di sesetengah negara yang sudah menerima kesan cukup berat akibat daripada mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik. Jadi, ini adalah langkah untuk membantu rakyat.

“Walaupun dilihat sebagai kenaikan harga, ia sebenarnya proses pengukuhan ekonomi dalam jangka pendek dan sederhana. Sudah tentu kalau ekonomi kita semakin kukuh, ia akan beri kesan positif kepada kesejahteraan rakyat,” katanya.

Menurutnya, rasionalisasi subsidi dilakukan secara berperingkat bagi meminimumkan bebanan kepada rakyat, termasuk memperbesarkan jaringan keselamatan sosial termasuk meningkatkan pemberian BRIM. Beliau berkata, bagi menangani lebihan akaun semasa yang berkurangan, pelaksanaan projek sektor awam akan dipertimbangkan dengan teliti.

“Projek yang mempunyai kandungan import rendah dan kesan penggandaan yang tinggi akan diberi keutamaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi tidak terjejas.

“Sementara pelaksanaan projek yang mempunyai kandungan import tinggi akan disusun mengikut jadual sewajarnya supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada imbangan pembayaran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya projek Mass Rapid Transit (MRT) jajaran satu, dua dan tiga diteruskan seperti dirancang, manakala projek pembinaan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura masih dalam proses rundingan.

Menurutnya, dalam jangka panjang dan sederhana, kerajaan akan mengkaji kaedah untuk meningkatkan daya saing ekonomi dan mempelbagaikan pasaran eksport negara, manakala pelancongan akan diberi tumpuan selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Ketika ditanya mengenai nilai ringgit yang lemah ketika ini, Najib berkata, ia menggambarkan keadaan ekonomi luaran dan sesetengah pergerakan di luar kawalan kerajaan.
TAK MAHU CAKAP APA-APA~~ LU PIKIR LA SENDIRI~~

No comments:

Post a Comment