Monday 25 February 2013

Hoi! Reader - Tafsiran Mimpi Mung Lew (Haiwan)

Mimpiku bukan mimpumu :D

hah, ramai asik dok mimpi benda bukan-bukan, and mesti tertanya-tanya, ade yang cuak, ade yang teett, ade yang nagis, ade yang suke, ade yang sakit ati dan bermacam-macam lagi..
so harini, abe pang share tafsiran mimpi korang, tengok le sendiri ye..

  • 1 .Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
  • 2 .Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
  • 3 .Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
  • 4 .Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
  • 5 .Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
  • 6 .Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan
  • 7 .Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
  • 8 .Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
  • 9 Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang.
  • 10 .Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang
  • 11 .Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu
  • 12 .Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
  • 13 .Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat
  • 14 .Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda  menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia
  • 15 .Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki
  • 16 .Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda
  • 17 .Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita
  • 18 .Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki.
  • 19 .Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh
  • 20 .Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku
  • 21 .Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana
  • 22 .Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan
  • 23 .Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
  • 24 .Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan
  • 25 .Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda
  • 26 .Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki 27.Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta
  • 28 .Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian
  • 29 .Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit
  • 30 .Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta
  • kekayaan yang halal



P/s...Err, ramai yang percaya mimpi ni mainan tidur, dan ade juga yang percaya mimpi ni petanda, so tak tahu le.
atas kepercaya-an masing-masing. hope korang hidup ceria selalu yer. :)

No comments:

Post a Comment