Friday 29 March 2013

Hoi! Reader's - Survive 5 Days Eat Sugar

New Jersey USA. Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 4 tahun ditemui kelaparan. ianya berpunca daripada ibunya yang mati secara tiba-tiba di rumahnya. Polis menerima laporan daripada seorang jiran beliau yang mendapati sesuatu bau busuk dari apartmen beliau. Ketika polis melakukan pemeriksaan, polis mendapati ibu kepada kanak-kanak itu sudah meninggal dunia selama 5 hari.
Ketika diselamatkan, anak mangsa itu berkata, beliau cuba merawat ibunya yang tiba-tiba jatuh dengan menyapu losyen pada kulit ibunya, tetapi usaha anak kecil itu tidak berjaya dan si ibu kemudian mati.
akibat kelaparan, anak kecil itu cuba membuka pintu peti ais untuk makan tetapi semuanya gagal kerana terdapat child lock pada pintu tersebut. akibat terlalu lapar, beliau hanya memakan gula yang terdapat pada meja dapur. Jasad ibu beliau itu yang dikenal pasti sebagai Kiana Workman 38 kini sedang di bedah siasat bagi memastikan punca kematian

Sangat kesian dekat anak kecil tu, sedih, tengok ibu jatuh, walaupun kecil, dia cuba untuk menyelamatkan ibunya dengan menyapu ubat tetapi semuanya gagal. dan survive macam dalam cerita zombie, 5 hari makan gula, sah sikit hari lagi kena kencing manis. sian dia...