Monday 25 February 2013

Hoi! Reader - PS4 Release Dah?


Haih, Baru-barun ni, baru je PS3 release, tak sampai 3 tahun, dah datang adik dia lagi sorang, PS4, dengar cerita pulak, PS4 akan di jual di malaysia dengan harga yang jauh lebih murah daripada PS3, @.@ Really oh? estimate price should be RM1000 only. Please prepare you Money to buy this shyt..

Ni la dia controller nya, Nice kan? nak? beli la.
Bloody Hell Nice T_T

PS4 specs

Other confirmed PS4 specs:
  • AMD x86-based 8-core CPU and an enhanced GPU
  • Blu-ray, DVD and HDMI output
  • 8GB of DDR5 RAM
  • 'Instant On' capability
  • PS4 won't be backwards compatible with old games
  • PS4 users will be able to stream PS3 and older generation games online
  • PlayStation App" will enable iPhone, iPad, and Android based smartphones and tablets to become second screens
  • PlayStation 4 Eye - 1280 x 800 camera (Xbox Kinect style feature



Some of the mentioned games for the PS4 include: Killzone: Shadowfall (Guerrilla Games), Drive Club (Evolution Studios), Infamous 3 (Sucker Punch), Deep Down (Capcom), Watch Dogs (Ubisoft), Diablo III (Blizzard) and Bungie's Destiny (Activision).




Hoi! Reader - Tafsiran Mimpi Mung Lew (Peristiwa & Kejadian)

Err.. Haritu da bagi Tafsiran Mimpi (Haiwan). Ni abe pang bagi tafsiran mimpi kejadian pulop. 
Jemput la cari yang mana satu mimpi semalam :D

  • 1. Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
  • 2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
  • 3. Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu beradadalam kesakitan ia akan segera sembuh
  • 4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
  • 5. Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
  • 6. Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
  • 7. Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
  • 8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
  • 9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahaladi dunia dan akhirat
  • 10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaanyang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
  • 11. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
  • 12. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukansegala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberipetunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
  • 13. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
  • 14. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
  • 15. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
  • 16. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
  • 17. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akandiakhiri dengan kejayaan
  • 18. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapatkebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenaipermata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
  • 19. Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan
  • 20. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
  • 21. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orangberpengaruh atau berpangkat besar
  • 22. Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala. 
  • 23. Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
  • 24. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
  • 25. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
  • 26. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
  • 27. Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika
  • makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
  • 28. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
  • 29. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berdukacita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa30.Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
  • 31. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
  • 32. Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
  • 33. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
  • 34. Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
  • 35. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
  • 36. Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
  • 37. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
  • 38. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
  • 39. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
  • 40. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan
  • sempurna
  • 41. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
  • 42. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
  • 43. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik 44. Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginyadengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
  • 45. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
  • 46. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  • 47. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
  • 48. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w 
  • 49. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
  • 50. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
  • 51. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
  • 52. Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
  • 53. Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar
  • 54. Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
  • 55. Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
  • 56. Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak
  • 57. Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
  • 58. Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
  • 59. Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak

P/s...Err, ramai yang percaya mimpi ni mainan tidur, dan ade juga yang percaya mimpi ni petanda, so tak tahu le.
atas kepercaya-an masing-masing. hope korang hidup ceria selalu yer. :)

Hoi! Reader - Tafsiran Mimpi Mung Lew (Haiwan)

Mimpiku bukan mimpumu :D

hah, ramai asik dok mimpi benda bukan-bukan, and mesti tertanya-tanya, ade yang cuak, ade yang teett, ade yang nagis, ade yang suke, ade yang sakit ati dan bermacam-macam lagi..
so harini, abe pang share tafsiran mimpi korang, tengok le sendiri ye..

  • 1 .Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
  • 2 .Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
  • 3 .Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
  • 4 .Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
  • 5 .Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
  • 6 .Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan
  • 7 .Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
  • 8 .Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
  • 9 Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang.
  • 10 .Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang
  • 11 .Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu
  • 12 .Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
  • 13 .Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat
  • 14 .Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda  menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia
  • 15 .Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki
  • 16 .Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda
  • 17 .Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita
  • 18 .Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki.
  • 19 .Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh
  • 20 .Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku
  • 21 .Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana
  • 22 .Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan
  • 23 .Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
  • 24 .Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan
  • 25 .Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda
  • 26 .Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki 27.Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta
  • 28 .Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian
  • 29 .Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit
  • 30 .Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta
  • kekayaan yang halal



P/s...Err, ramai yang percaya mimpi ni mainan tidur, dan ade juga yang percaya mimpi ni petanda, so tak tahu le.
atas kepercaya-an masing-masing. hope korang hidup ceria selalu yer. :)