Benson Ford adalah sebuah kapal yang diubah suai menjadi Rumah / Rumah kapal. Ianya terletak di Tasik Erie Amerika Syarikat. Pada asalnya, Benson Ford adalah kapal kargo yang mengangkat biji besi untuk syarikat kenderaan Ford Motors pada tahun 1924. 50 tahun di beri tugas kepadanya, maka tibalah masanya Benson Ford bersara daripada tugasannya pada tahun 1981. Selepas terbiar beberapa tahun, kapal kargo ini di potong dan diubah menjadi sebuah rumah dan dimiliki oleh tuan barunya Frank Sullivan pada tahun 1986. Kini, Benson Ford menjadi rumah musim panas kepada keluarga Sullivan sebesar 7000 kaki persegi. Mempunyai 5 bilik, sebuah dewan makan, garaj kereta dan dek tinjauan yang mengekalkan rupa asal kapal ini ketika ianya masih beroperasi.
This IS super COOL!
Origin Post : http://shiponthebay.com
No comments:
Post a Comment