Monday 3 June 2013

Hoi! Reader's - Kerajaan Menaikkan Harga Rokok Lagi?


Serious, aku tak paham dengan kerajaan malaysia ni, sorry la ek, bukan nak cakap apa la, kalau stakat naikkan harga 3%, pastu nak bagi alasan "untuk kurangkan penghisap rokok" memang tak masuk akal la. Dari dulu lagi rokok dinaikkan harga, bukan makin kurang perokok, malah makin ramai perokok! 

Kalau kerajaan letak harga RM30 sekotak pun, aku pasti sangat, bawa perokok-perokok tegar ni akan beli jugak. Kalau betul la kerajaan nak kurangkan penghisap rokok di malaysia ni, JUST hentikan jualan dan perkilangan! baru la kurang habis orang isap rokok! 

Macam mana nak orang pandang kenaikan harga rokok 3% positive?
Kasi terangkan sikit boleh tak? maklumlah, aku tak berapa pandai.

Persoalan? katanya rokok diharamkan? but?
"Kuantiti industri tembakau sah turut terjejas kerana perdagangan rokok haram terus meningkat dan menjejaskan industri tembakau yang sah"


Kalau benda dah haram takde la sah der. G tutup la kilang tuh!

Shah Alam: Pengumuman kenaikan tiga peratus harga rokok berkuat kuasa semalam oleh sebuah syarikat pengeluar rokok adalah satu cara yang dapat mengurangkan jumlah perokok di negara ini yang semakin hari menunjukkan angka membimbangkan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, kenaikan harga produk tembakau itu perlu dilihat dari sudut positif yang boleh dianggap langkah menyedarkan perokok untuk berhenti daripada tabiat buruk itu.

Beliau berkata, walaupun kenaikan harga hanya tiga peratus untuk rokok jenama tertentu, ia masih dianggap rendah kerana kebanyakan negara maju menjual rokok pada harga yang tinggi bagi mengurangkan jumlah perokok di negara berkenaan.
“Kerajaan sentiasa memainkan peranan yang berterusan memastikan jumlah perokok di negara ini dapat dikurangkan tetapi ia bukan satu perkara yang mudah sekiranya tidak mendapat kesedaran dari dalam diri perokok itu sendiri.

“Orang ramai perlu sedar bahawa tabiat merokok bukan saja memberi kesan negatif kepada perokok, tetapi juga kepada orang di sekeliling. Jadi ia (jumlah perokok) perlu dikurangkan ke tahap yang paling minimum,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Dalam masa sama, beliau berkata, Jabatan Kesihatan Selangor juga memainkan peranan dengan mengadakan pelbagai program untuk mewujudkan kesedaran kepada orang ramai terutamanya generasi muda.
Katanya, tumpuan terhadap generasi muda terutama pelajar sekolah rendah penting kerana pada peringkat itu pelajar perlu didedahkan dengan bahaya dan impak merokok kepada kesihatan.

Namun, di sebalik kenaikan harga rokok yang diumumkan, Dr Azman juga bimbang dengan lambakan rokok tiruan yang dijual dengan harga yang lebih murah menyebabkan usaha kerajaan mengurangkan perokok sedikit terbantut.
“Kewujudan rokok tiruan yang diseludup dan dijual dengan harga yang jauh lebih murah menjadikan produk tembakau itu pilihan alternatif perokok yang tidak mahu meninggalkan tabiat buruk itu.

“Jadi, kerjasama antara agensi penguat kuasa perlu ditingkatkan agar penyeludupan rokok ke negara ini dapat dikekang ke tahap lebih baik seterusnya mampu mengurangkan jumlah perokok tegar dan perokok baru,” katanya.

Semalam akhbar melaporkan British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya.

Kenaikan harga rokok keluaran syarikat berkenaan disebabkan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi.

Kuantiti industri tembakau sah turut terjejas kerana perdagangan rokok haram terus meningkat dan menjejaskan industri tembakau yang sah.


No comments:

Post a Comment