Monday 10 June 2013

Hoi! Reader's - Tempat Pembuangan Sampah Di Hanoi


Nak tahu apa yang ada di sini?
kalau nak tahu, teruskan membaca, jangan lah terus melihat pada gambar tanpa mengatahui apa sebenarnya yang berlaku haha.

Tapak pembuangan sampah Nam Son, ialah tapak pembuangan sampah terbesar di Hanoi Vietnam, ianya mula dibuka pada tahun 1999 dan menjadi tempat 800 orang pengutip barang lusuh mencari rezeki yang halal. Setiap hari hampir 6000 tan sampah dibuang di Nam Son dan 10 tan daripadanya dapat dikitar semula selepas dikutip oleh pengutip barang lusuh. Pengutip ini mula bekerja pada jam 3 pagi kerana ianya masa paling selamat, kerana lori masih lagi tiada pada waktu itu (takut di langgar). Barang lusuh yang boleh dikitar semula kemudian dijual kepada peraih yang terletak di Nam Son. Secara purata Seorang pengutip barang lusuh boleh mendapat bayaran di antara 80,000 dan 100,000 Dong (RM12-14) sehari. Walaupun sikit, tapi mereka tetap melakukan demi sesuap nasi. Sangat Cool! bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang ok!











No comments:

Post a Comment