Sunday, 7 July 2013

HOi! Reader's - YEY!!! Bulan Puasa!!!!

Syukur kepada allah s.w.t kerana kita masih berkesempatan untuk menunaikan rukun islam yang ke empat pada tahun ni iaitu berpuasa di bulan ramadan.
Alhamdulillah!! :)

Kejap je kan? rasa macam lajuunyaaa taun ni berlalu, tau-tau dah bulan puasa, dan sudahpun pertengahan tahun.. makin rasa tua pulak.. dan takut :)
Yang belum ganti puasa tu, bila nak ganti? jangan lupa ganti lah yeee...

So, tak kesah la kan sama ada yang dah tahu adab berpuasa atau pun tidak, harini, abe nak share adab, benda yang boleh membatalkan puasa, dan macam-macam lagi, just baca je, and amalkan :)
SELAMAT BERPUASA SEMUA!!!! TEEEEheeeee!!!
 <3


Adab-adab Berpuasa
Ø      Berbuka puasa apabila telah masuk waktu Maghrib.
    - disegerakan yakni sebelum melaksanakan solat Maghrib dengan makanan yang ringan seperti kurma,  air sahaja, setelah itu baru melaksanakan solat.
    - tetapi jika makan malam telah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan solat dahulu.
    - berbuka dengan doa: "telah hilang rasa haus, dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap wujud, insyaAllah.
Ø   Sahur dilambatkan sehingga mendekati subuh. Jika tengah makan atau minum sahur lalu mendengar azan Subuh, maka sahur masih boleh diteruskan sehingga selesai. Imsak tiada sunnahnya dan tidak diamalkan pada zaman sahabat dan para tabi'in.
Ø  Banyakkan bersedekah.
Ø  Mengerjakan solat terawih pada malam-malam Ramadan.
Ø  Berusaha mendapatkan Lailatul Qadar terutama pada sepuluh malam terakhir.
Ø  Mengerjakan iktikaf pada sepuluh malam terakhir.
Ø  Mengerjakan umrah.
Ø  Menjauhi perkataan dan perbuatan keji dan menjauhi pertengkaran.  


Puasa ITU WAJIB!
v     Puasa yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam. Jika ditinggalkan mendapat dosa.
v     Puasa-puasa tersebut ialah:
a)                  Puasa Ramadan,
puasa yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam pada bulan Ramadan, jika cukup syarat-syaratnya.
b)                  Puasa nazar,
Puasa yang wajib ditunaikan oleh umat Islam yang telah berjanji kerana sebab-sebab tertentu. Contohnya seorang pelajar yang berjanji untuk berpuasa sekiranya ibunya sembuh daripada penyakit. Dia wajib berpuasa setelah ibunya sembuh.
c)                  Puasa kifarah,
puasa untuk membayar denda kerana sesuatu kesalahan seperti bersetubuh pada waktu siang bulan Ramadan, dan mereka yang bernazar tetapi tidak melaksanakannya.
d)                  Puasa Qada
Puasa ganti bagi puasa-puasa yang tertinggal pada bulan Ramadan kerana sebab-sebab yang diharuskan syara.


Kewajipan Berpuasa
*      Puasa merupakan rukun Islam ke-4 dan mula diwajibkan ke atas seluruh umat Islam pada tahun ke 2 hijrah.
*      Puasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan, bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai niat pada malam hari.
*      Puasa yang terbatal atau tertinggal hendaklah diganti atau diqada pada hari lain.
*      Cara menentukan awal puasa adalah dengan melihat anak bulan. Sekiranya tidak kelihatan, maka bulan Syaaban dicukupkan 30 hari sebelum memulakan puasa Ramadan.
*      Syarat-syarat wajib puasa:
a)                  berakal, orang gila tidak wajib
b)                  berkemampuan, orang gila tidak wajib
c)                  suci daripada haid dan nifas
d)                  baligh, kanak-kanak tidak wajib
e)                  Islam, orang kafir tidak wajib


Perkara Sunat Dan Makruh Ketika Berpuasa
*      Perkara-perkara sunat yang perlu dilakukan semasa berpuasa:
a)                  berbuka dengan buah tamar atau benda-benda manis yang asli
b)                  mempercepatkan berbuka setelah masuk waktu dan melewatkan sahur
c)                  memperbanyakkan membaca al-Quran
d)                  memberi sedekah
e)                  mendirikan solat tarawikh berjemaah
*      perkara-perkara makruh yang perlu dijauhi semasa berpuasa:
a)                  bercakap perkara buruk atau keji
b)                  membuang masa dengan sia-sia
c)                  berkumur dengan berlebih-lebihan
d)                  melambat-lambatkan berbuka
*      rukun puasa
a)                  niat sebelum terbit fajar
b)                  menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa



Sebab Yang Membolehkan Berbuka Puasa
Ada juga orang-orang tertentu yang dibolehkan atau dikecualikan daripada berpuasa atas sebab tertentu. Walaubagaimanapun diwajibkan ke atas mereka untuk mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu dan membayar fidyah.
*      Mereka yang diharuskan berbuka ialah:
a)                  orang yang sakit teruk
b)                  orang musafir yang melebihi 2 marhalah dengan tujuan yang baik.
c)                  Orang yang uzur atau terlalu tua.
d)                  Perempuan yang mengandung dan perempuan yang menyusukan anak.
e)                  Orang yang sakit dan tiada harapan sembuh.
f)                    Orang yang sangat lapar dan dahaga sehingga boleh memudaratkan.
g)                  Orang yang melakukan pekerjaan halal yang sangat berat sebagai sumber kehidupan.
*      Orang-orang yang meninggalkan puasa tersebut perlu menggantikan puasa tersebut dengan qada atau fidyah atau kedua-duanya.
*      Orang yang tidak mengqadakan puasanya sehingga puasa tahun hadapan dikehendaki membayar fidyah sebanyak 1 cupak makanan asas bagi 1 hari puasa di samping mengqadakannya.
*      Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
a)                  makan dan minum dengan sengaja
b)                  muntah dengan sengaja
c)                  melahirkan anak
d)                  mabuk sepanjang hari
e)                  murtad
f)                    melakukan persetubuhan
g)                  keluar darah haid dan nifas
h)                  gila
i)                    keluar mani dengan sengaja
j)                    memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dengan sengaja.
*      Hikmat-hikmat berpuasa:
a)                  menjadikan seseorang beriman dan taat kepada Allah
b)                  memupuk sifat sabar dalam diri
c)                  menjamin kesihatan rohani dan jasmani
d)                  mendisiplinkan diri dalam kehidupan harian
e)                  Allah mengampunkan dosa orang yang berpuasa


Kelebihan orang berpuasa
Ø      Kelebihan orang yang berpuasa ialah:
a)      Allah sendiri yang akan memberikan orang yang berpuasa itu ganjaran pahala puasanya.
b)      Orang berpuasa akan masuk syurga melalui pintu gerbang yang dikenali sebagai Rayyan, yang disediakan oleh Allah
c)      Dapat menghapuskan dosa yang lalu disamping mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah
Ø      Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu:
a)      kegembiraan ketika berbuka puasa
b)      kegembiraan ketika berjumpa Allah S.W.T. di akhirat kelak



SELAMAT BERAMAL!!!

No comments:

Post a Comment