Monday 18 November 2013

Hoi! Reader's - Kes Pembunuhan Misteri Di Malaysia


Der, Nyawa manusia takde nilai lah skarang, di buat macam ayam je,
Kalau kita, nak bunuh binatang pun berat hati, (semut bleh ah). 
Lain macam listed below nih, dahsat, ape lah perasaan dieorg time bunuh orang, 
kalau tembak tahan lagi, ni siap kerat sana kerat sini, bakar sana bakar sini, ppppffffff!!!
Ni dia ranking 6 pembunuhan misteri di malaysia. nanti kita post misteri lua plk eh, kita pandang malaysia dulu eh :D

YANG PERTAMA~~~ TENG TENG TENGG~~~~

1. Mona Fendy - 23 Julai 1993


Malas nak cite banyak lah kan, tengok muka pun dah ngeri, takut aku.. 
dulu masa aku dok baca kisah macam mana dia bunuh, takut oh, naik bulu roma time duduk sorang-sorang dalam bilik. Penjenayah yang dikenali dengan senyuman yang "SEXY (menakutkan)" ini telah membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Banyak-banyak benda yang dia kerat, semua dijumpai, kecuali satu benda ni je tak jumpe (TELOR aruah Dr. Mazlan). Mona bersama suaminya Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan bersalah atas pembunuhan yang dilakukan.. untuk cerita lanjut, sila search, kalau malas, nanti je aku post. :D

2. Dr. Joe Fernandez - 4 November 2000



Chuh, tak tau la sebab apa Dr. ni kena bunuh, pada 4 November 2000, dalam jam 1.30pm, Dr. Joe yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya di persimpangan Jalan Maju dan Jalan Harapan dekat Bukit Mertajam, hanya 500meter dari klinik beliau, Dua lelaki bermotosikal telah melepaskan tembakan ke atas kenderaan Jenis Nissan Terrano yang di pandu beliau, dan suspect melarikan diri ke arah sungai Rambai, Lunas, kedah. Datuk Dr. Bupinder Singh mengesahkan, Dr. Joe mati akibat tembakan tepat di kepala dengan pistol jenis 38.
Search for more info. Kamsamida!!

3. Noritta Samsuddin - 25 Disember 2003



Kes pembunuhan Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan sehingga ke hari ini masih lagi diselubungi misteri. Pembunuh sebenar Noritta Samsuddin masih belum terjawab. Meskipun Jurutera awan di sebuah badan kerajaan, Hanif Basree Abdul Rahman, 36, yang dituduh membunuh Noritta, 22, di Unit D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria di Jalan 17, Sri Hartamas, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 25 Disember 2003. ditahan dan dibicara, ternyata bukan Hanif yang membunuhnya. Hanif diistisyharkan mahkamah sebagai tidak bersalah dan terlepas hukuman gantung sampai mati akibat kekurangan bukti.


4. Pembunuhan mendiang Canny Ong - 18 Jun 2003



Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.


5. Altantuyaa Shaariibuu - 27 November 2006



Wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan bahan letupan C4 di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober




6. Nurin Jazlin Jazimin -30 Ogos 2007



Nurin Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Hasil bedah siasat mendapati dia mati akibat didera secara seksual yang   melampau.

Please research for more info all of this :)

No comments:

Post a Comment