Monday 18 November 2013

Hoi! Reader's - Misteri Villa Nabila

Assalamualaikum, Duh lamanyaa tak update, sebulan dua ada kut?
Kah kah kah. Sorry la der :)

Chuh! semalam kecoh la dekat FB bagai, katanya 23 orang daripada 30 yang masuk Villa Nabila hilang der, sebenarnya tu poyo je, yang hilang sorang je, grrr..
Tah kemana lah hilang budak sorang ni, "tu lah, orang tua-tua dah cakap jangan cari pasal masuk villa tu, sebok jugak nak masuk".
Ni sah kena sorok dengan hantu "kopek".

"doakan budak tu ditemukan semula".

Aduh, aku pasti lah korang pun mesti ada pernah baca tentang villa nabila ni, 
aku tau tentang villa nabila ni pun awal tahun lepas, tu pun "TERJUMPA" masa bosan2.

So Villa ni ramai sangat yang post, macam-macam version pulak tuh. Tak tahu yang mana sesuai untuk aku post.

Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa kalau nak masuk dalam villa nabila ni, tak boleh suka-suka masuk cmgitu je, sebab bila korang masuk 8 orang, tapi sampai dekat dalam jadi 9 orang pulak, sapo tuh lagi sorang? den pun tak tau, and den pun takmo tau, den cowak, (MACAM CUAK JE MACAM CUAK JE~). Cite ni terjadi kepada seorang BEKAS mat rempit yang bernama Tyes Hades (nama samaran, nama nak poyo je). Kisah ni berlaku ketika masa zaman rempitnya ketika dulu. Der, mat rempit der, slumber la der, stakt benda2 halus ni, mana la dieorg takut, mat rempit ni pun hantu jugak..

Katanya, Villa ni menjadi mistik sebab berlakunya pembunuhan, dimana mak tiri kepada Nabila ni tamakkan harta peninggalan bapak nabila ni, lalu di bunuhnya nabila dan ditanam di dalam villa tersebut.
(tak surelah betul ke tak, sebab kejadian ni 40tahun yang lepas, polis pun takmo cerita benda yang betul "tah dieorang tau ke tidak")

Nak di ringkaskan, Abe copy satu daripada blogger yang post tentang villa nabila ni, sebab banyak sangat versi nih, tak tahu mana 1 nih, lau nak tahu, kena g johor sana, tanya 1 setiap keluarga yang paling tua dekat area tu, confirm dapat nyer.

BELOW :



Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lelki ni, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi #6 - Versi terakhir ni
Macam biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Masa aku dengan Adan ke villa ni dulu pun agak meremang jugalah segala bulu yang ada. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang. Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok. Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat kawasan hutan.
Walaupun gambar yang aku simpan ni dah berusia 3 tahun, tapi aku baru terperasan satu lagi gambar yang nampak macam ada ‘sesuatu’ kat dalam gambar tu. Cuba korang tengok gambar dalam bulatan kat bawah ni. Bandingkan dengan gambar kat atas yang pada asalnya tak ada pun kat tingkap tu.

So kalau korang bukan mat rempit, jangan la masuk villa ni, kalau tak, kena sorok dengan hantu kopek.. baru tau..

Budak tu tak tau sape, tapi coMEY!~~ Macam COmey jee.. macam Comeyy jee...











No comments:

Post a Comment